1) Bagai kucing dibawakan lidi. Maksud : Berlari kerana ketakutan. 2) Seperti katak disimbah air. Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. 3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. 4) Adat gajah terdorong. Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya. 5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang. 6) Air keruh, ikan limbat keluar. Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung. 7) Alim bagai katak di tepi air. Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. 8) Anak kuda bulu kasap. Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah. 9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. Tidak memilih-milih. 10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.
Comments
Post a Comment