Posts

peribahasa gempak 2.0

Jilah kening  maksudnya riang gembira. Minyak setitik dilaut tinbul juga  maksudnya orang baik tetap mulia walaupun dimana berada. Peribahasa ini sama seperti  kalau asal benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, tercampak ke bukit menjadi gunung. Tidak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi jua  maksudnya merajuk dengan keluarga sendiri tidak kemana. Kita selalu mendengar  carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua  dan  air yang dicincang tak akan putu s. Sepuluh jong kapal berlabuh, anjing tetap bercawat ekor  maksudnya orang yang tertutup pemikirannya dan tidak dapat menerima perubahan dan pembaharuan.yang selalu digunakan orang  seperti katak bawah tempurung. Laksana mengajar anak harimau  maksudnya lekas pandai atau senang diajar Seperti kunyit dengan kapur  maksudnya mudah mesra Laksana menggantang asap, mengukir langi t maksudnya membuat pekerjaan yang sia-sia Laksana menggigit tangan yang menyuapkan nas ...

peribahasa gempak

1) Bagai kucing dibawakan lidi. Maksud : Berlari kerana ketakutan. 2) Seperti katak disimbah air. Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. 3) Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. 4) Adat gajah terdorong. Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya. 5) Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang. 6) Air keruh, ikan limbat keluar. Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung. 7) Alim bagai katak di tepi air. Maksud : Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. 8) Anak kuda bulu kasap. Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah. 9) Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. Tidak memilih-milih. 10) Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. Maksud : Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.